Friday 9 December 2011

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

 
 
Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah :
1. Teknik Main Peranan -  melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
2. Teknik Permainan Bahasa -  salah satu cara mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
3.  Teknik Latih tubi -  aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
4.  Teknik Bercerita  -  pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa dan dapat menarik minat murid.
5.  Teknik Inkuiri Penemuan  -  teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.
6.  Teknik Perbahasan -  melatih murid berfikir dengan pantas dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
7.  Teknik Kuiz -  dapat mengukuhkan pengajaran guru  dan memantapkan pemahaman murid.
8.  Teknik Sumbang saran - dikenali juga sebagai percambahan fikiran ( brainstorming) yang memerlukan murid menyumbangkan pendapat dan idea.
9.  Teknik Soal jawab -  Murid menyoal dan menjawab soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran.
10.  Teknik Simulasi  -  satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
11.  Teknik Drama -  sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
12.  Teknik Perbincangan -  aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
13.  Teknik Forum -  Aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.

No comments:

Post a Comment