Saturday 10 December 2011

Masalah Membaca dalam Kalangan Kanak-Kanak



Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah. 


Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca

PUNCA MASALAH MEMBACA
Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
dan Menulis atau KIA2M.

Rujukan :  Klik Sini

Friday 9 December 2011

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

 
 
Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah :
1. Teknik Main Peranan -  melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
2. Teknik Permainan Bahasa -  salah satu cara mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
3.  Teknik Latih tubi -  aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
4.  Teknik Bercerita  -  pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa dan dapat menarik minat murid.
5.  Teknik Inkuiri Penemuan  -  teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.
6.  Teknik Perbahasan -  melatih murid berfikir dengan pantas dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
7.  Teknik Kuiz -  dapat mengukuhkan pengajaran guru  dan memantapkan pemahaman murid.
8.  Teknik Sumbang saran - dikenali juga sebagai percambahan fikiran ( brainstorming) yang memerlukan murid menyumbangkan pendapat dan idea.
9.  Teknik Soal jawab -  Murid menyoal dan menjawab soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran.
10.  Teknik Simulasi  -  satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
11.  Teknik Drama -  sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
12.  Teknik Perbincangan -  aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
13.  Teknik Forum -  Aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.

Wednesday 7 December 2011

Didik Hibur dan Seni dalam BM latih murid berfikir kritis


Didik hibur dan Seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Demikian menurut Dr. Khairuddin Mohamad semasa memberikan taklimat kepada 20 orang Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG dan BPG di Concorde Inn KLIA bertajuk 'Didik Hibur dan Seni dalam pengajaran Bahasa Malaysia' baru-baru ini. "Yang penting guru BM tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid," jelas Dr. Khairuddin. Dalam majlis tersebut, peserta dari IPG Raja Melewar ialah Pn. Faiziah Shamsudin, Penyelaras KPKI JPM yang mewakili KJ JPM Hjh. Amanah Mohd. Noor. Sementara itu KJ-JPM IPGBA Dr. Seman Salleh setuju penyerapan didik hibur menyebabkan suasana P&P BM bertambah seronok. KJ-JPM IPGT, En. Ab. Rahim berpendapat penyerapan didik hibur dalam BM wajar dijadikan tajuk wajib KPKI kepada semua IPG seluruh Malaysia. Hadir sama KPP Unit Kursus Dalam Perkhidmatan BPG Dr. Zainab Hussin.

Rujukan : Tekan sini

Thursday 1 December 2011

Akukah yang terlewat atau masakah yang tercepat ?



Alamak ! Dah masuk bulan 12 la . Cepatnya masa berlalu . Ada satu dua lagi assignment yang perlu diberi sentuhan terakhir sebelum dihantar kepada pensyarah . Aduhai , tercabar betul minda dan emosi menghadapi saat - saat begini . Dalam kesibukan menimba ilmu , terpaksa pula menyelesaikan masalah di sekolah dan anak-anak . Pada tarikh sekian-sekian,anak ada temuduga ke SBP...aduh...positif...positif . Kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai . Haa , nampaknya semester kedua ni memang agak mencabar . Inilah adat belajar agaknya . Lebih-lebih lagi dalam usia sekarang . Rasanya , akukah yang terlewat atau masa yang tercepat . Alahai...........

Monday 24 October 2011

Kursus Dunia Seni Visual Tahun 2.


Kursus KSSR Dunia Seni Visual Tahun 2 pada 17-20 Oktober 2011.  Banyak ilmu baru dan pengetahuan ditimba..semoga boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dengan baik.


Blog Oh Blog


Pengalaman membuat blog ini sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.Ini kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang IT.Namun,saya berusaha untuk membina blog ini dengan sebaiknya.Alhamdulillah...tugasan ini menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang IT.Semoga blog ini boleh menjadi satu medium perkongsian ilmu diantara kita.Wassalam.

Saturday 11 June 2011

assignment oh assignment

Hari  ini dateline tugasan bi tu...dah cuba nak submit tapi tak boleh.Dari hari Jumaat lagi dah problem..ada masalah teknikal le tu...boring juga menunggu depan komputer. ...issh...tension betul...dah siap nak submit ada pula masalahnya...hari ni juga my girl balik shah...cepatnya masa berlalu...cuti ni tak sempat pergi mandi kolam...mana tidaknya asyik mengadap  komputer je....periksa dah dekat...seriau juga.kalau tak study...sah-sah boleh blur masa menjawab nanti..kalau jenis genius tu lainlah...ini nak ingat teori dan fakta punyalah payah...dah belajar ni kena kuat semangat......semoga Allah swt permudahkan dan dapat menggenggam segulung ijazah nanti.InsyaAllah.

Thursday 17 March 2011

First entry yang pendek =='

Hari ini kali pertama buat blog...biar bersemangat untuk belajar.
Semalam daftar di UPSI . Ahamdulillah . Semuanya berjalan dengan lancar . Harapan agar berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran dan semoga Allah swt mempermudahkan usaha ini.

~ belajar tugas sepanjang hayat ~ (: