Wednesday, 7 December 2011

Didik Hibur dan Seni dalam BM latih murid berfikir kritis


Didik hibur dan Seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Demikian menurut Dr. Khairuddin Mohamad semasa memberikan taklimat kepada 20 orang Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG dan BPG di Concorde Inn KLIA bertajuk 'Didik Hibur dan Seni dalam pengajaran Bahasa Malaysia' baru-baru ini. "Yang penting guru BM tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid," jelas Dr. Khairuddin. Dalam majlis tersebut, peserta dari IPG Raja Melewar ialah Pn. Faiziah Shamsudin, Penyelaras KPKI JPM yang mewakili KJ JPM Hjh. Amanah Mohd. Noor. Sementara itu KJ-JPM IPGBA Dr. Seman Salleh setuju penyerapan didik hibur menyebabkan suasana P&P BM bertambah seronok. KJ-JPM IPGT, En. Ab. Rahim berpendapat penyerapan didik hibur dalam BM wajar dijadikan tajuk wajib KPKI kepada semua IPG seluruh Malaysia. Hadir sama KPP Unit Kursus Dalam Perkhidmatan BPG Dr. Zainab Hussin.

Rujukan : Tekan sini

No comments:

Post a Comment