Tuesday 5 April 2016

 
 
Buat pertama kali setelah sekian lama tak menjengah blog ini....hari ni entah kenapa terdetik di hati untuk melihat blog yang dah bersawang ni....hihi...nak buat macam mana.minat tu ada untuk menulis cuma tak terkejar dengan tanggungjawab yang sedia ada....tak pelahkan...sekadar hobi masa terluang. How's life ? Alhamdulillah...syukur masih diberi kesempatan untuk mencurahkan bakti dan mendidik anak bangsa. Tahun ni diberi kepercayaan untuk mengajar Tahun 6..setelah sekian lama mengajar murid murid Tahap Satu....mendidik murid -murid membaca dan mengira...adalah sesuatu yang amat berharga bagiku. Tidak semua berpeluang mengajar murid -murid Tahap Satu. Tahun ini juga tahun kedua diberi kepercayaan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3...jadi teacherlah pula...sebenarnya tidaklah pandai  sangat cuma cuba melakukan yang terbaik.  Maklumlah sekolah kita ni sekolah SKM ...SIR je satu-satunya cikgu Bahasa Inggeris yang ada. Jadi, saya dengan Cikgu Nurhanani iaitu Cikgu Pemulihan sukarela mengajar Bahasa Inggeris. Teacher Nani pun tahun ni mula menghadiri kursus PITO....Haa...okaylah tu. Bila mengajar subjek yang bukan opsyen ni...memang kena usaha lebihlah. Kena banyak bertanya, rujuk internet dan rajin cari bahan. Haa...bab nilah ambil masa sikit. Namun, demi anak murid tersayang...kita cubalah yang terbaik dan termampu...rasanya inilah coretan yang pertama untuk tahun 2016 ni.  Esok sekolah...ada majlis Kem Membaca...jumpa lagi.In shaa Allah.

Wednesday 22 October 2014

Kenangan Tahun 2014

       
Inilah antara kenangan yang sempat dirakamkan ketika sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun ini. Guru-guru lelaki segak berbaju melayu manakala guru-guru perempuan manis berbaju kurung ungu sedondon.  Pada saya setiap peristiwa mempunyai kenangan yang tersendiri.  Sambutan  Maulidur Rasul tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran 2 orang guru baharu iaitu Pn Norafida dan Ustaz Mohd Harmimi.  Diharapkan agar semua guru dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi dengan lebih baik dan cemerlang.  Buktinya banner untuk sambutan majlis ini dibuat sendiri oleh Ustaz Nawari dan dibantu oleh guru-guru lain.  Bersemangat betul guru-guru muda ini dalam menjalankan amanah yang diberi. Sebenarnya terasa sebak dan sayu juga ketika majlis berlangsung. Selain berselawat sambil berarak di jalan, beberapa aktiviti lain dijalankan seperti kuiz, pertandingan melukis poster dan persembahan nasyid. Terasa sayu dan pilu tatkala mendengar lagu-lagu nasyid yang menyebut tentang Rasulullah saw.  Yang paling menyentuh perasaan mendengar lagu Kasih Padamu nyanyian Hafiz Hamidun....rindunya padamu ya  Rasulullah saw.



Bergambar berlatar belakangkan banner hasil karya ustaz Nawari.

Tuesday 21 October 2014

Sibuk sangat ke...?


Assalamualaikum. Ya Allah...lama sungguh tak menjengah blog ni. Sibuk sungguh mengalahkan Perdana Menteri...hihi. Sebenarnya rutin hidup seperti biasa. Pergi sekolah mengajar dan mendidik. Balik rumah sibuk dengan tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Sibuk belajar dan hal-hal dunia yang tak pernah habis. Kadang-kadang terfikir juga dan berharap biarlah segalanya dalam rahmahNya. Biarlah tanggungjawab ini dapat dijalankan sebaiknya...sebab dalam hidup ini hanya keredhaanNYA yang kita dambakan. Berbagai peristiwa silih berganti. Yang manis yang pahit yang kelat. Harapan biarlah segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt.  Ahad 19/10/2014 sibuk dengan sukan.  Haa...penat sangat bagi memastikan perjalanan sukan berjalan lancar.  Bukan jadi su sukan tetapi sibuk menyiapkan kostum untuk maskot rumah sukan dan perhiasan rumah sukan. Takkan tak buatkan...letih memang letih namun seronok tgk murid-murid gembira.  Habis sukan portal linus pula menunggu...apalagi masukkan data saringan 2...sebagai penyelaras linus kena pastikan semua guru memasukkan data linus dengan tepat.  Kena buat semakan takut-takut tersalah pula.....Haa...lepas tu bersedia pula untuk menggubal soalan peperiksaan akhir tahun 2014 dan Hari Anugerah Kecemerlangan. Sepanjang tahun penuh dengan aktiviti dan mesyuarat. Rasanya ramai orang lagi sibuk lebih-lebih lagi jika berjawatan tinggi...semua perkara hendak diselesaikan. Namun ...kena ingat  kualiti ibadah kita juga perlu diambilkira. 

Saturday 21 December 2013

Gotong-royong selepas banjir...


Sabtu, 21 Disember 2013, sekolah saya mengadakan gotong-royong selepas banjir.  Maklumlah sekolah saya merupakan pusat penempatan mangsa banjir dan  banjir baru-baru ini menyebabkan keadaan sekolah agak berselerak.  Alhamdulillah kami menerima bantuan daripada RELA, para pelajar dari Politeknik Metro Kuantan dan juga pelajar-pelajar dari Universiti Tenaga Nasional kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadam Shah, Pahang.  Ada juga penduduk kampung sekitar yang datang membantu. Masing-masing sibuk menolong.  Ada yang mencuci longkang, mencuci kelas, membersihkan lantai yang berselut, mengemas bilik J-QAF, Bilik Guru dan sebagainya.  Kami sebagai tuan rumah sangat berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan.  Hanya ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan sebagai tanda penghargaan.

Sama-sama cuci longkang...

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing...

Membersihkan gelanggang.... 

Adik-adik pelajar yang datang menolong...TQ

Sesi mencabut bahan pada papan kenyataan kelas

Bahan ni nak guna lagi tak......

Apalah agaknya yang mereka bualkan...serius je...

Sesi bergambar....senyum semua...klik...

    

Tuesday 17 December 2013

Banjir...ujian atau musibah...?

Apabila menatap gambar banjir yang berlaku baru-baru ini, terasa betapa kerdilnya diri kita sebagai manusia.  Betapa Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja.  Hujan yang turun selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir dan menenggelamkan segala harta benda, meragut nyawa dan apa sahaja yang ada.  Terdetik dihati...inilah ujian dan mungkin juga musibah kepada kita agar menginsafi diri dan kembali ke jalan yang benar.  Mungkinkah ini sebagai pengajaran kepada kita bahawa apa sahaja yang kita buat perlu selari dengan kehendak Islam. Teringat kisah nabi Nuh as yang terselamat bersama kaumnya yang beriman.  Namun anak kesayangannya tenggelam dalam lautan dalam. Semoga banjir yang berlaku menginsafkan kita bahawa Allah swt berkuasa atas segala-galanya.  Tidak perlulah kita mendabik dada dan bersikap sombong kerana kehidupan ini ada akhirnya....

Sekolahku juga ditenggelami air...pusat pemindahan banjir.

Bandar Kuantan dilanda banjir...

Air mula naik...

Saturday 23 November 2013

Cuti sekolah datang lagi.....

Alahai...lamanya tak update blog. Bukannya dah tak minat menulis cuma kesibukan dunia menghadkan masa menulis. Selepas seminggu berkursus kssr bm tahun 4 iaitu pada 28 sehingga 31 Oktober, sibuk pula dengan Karnival Mini Sukan, disusuli pula dengan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 19 November. Aduh...rasa macam tak terkejar. Ditambah pula dengan assignment yang masih tertunggak...begini le kalau belajar dalam usia yang lewat. Bekerja dan belajar....semoga Allah memberiku kekuatan dalam meneruskan pelajaran sehingga berjaya mencapai matlamat. Semalam sempat meluangkan masa melawat anak di MTNP.  Alhamdulillah....semoga anak-anakku dan anak-anak muridku berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang sentiasa mencintai Allah swt dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu.  Dalam waktu yang terbatas sempat jugalah memilih dan membeli blause untuk anak-anak.  Tiap kali nak balik kampung, begitulah selalunya.  Masing-masing nak baju baharu...hmm...oh, ya sekarang ni dah cuti sekolah. Anak-anak pun dah sibuk bertanya nak bercuti di mana ?  minggu pertama dan kedua ni...nampak gayanya bercuti di rumah ajelah...menunggu assignment emak dan ayahnya siap.  Lagi pun, kenduri kahwin anak saudara suami pada 30 November....masalahnya kenduri anak saudara sebelah sendiri pun ada...majlis bertunang pada 1 Disember...nampak gayanya tak dapat hadir le.... sedih la..

Murid-murid prasekolah 2013 


Wednesday 19 June 2013

Selamat Hari Guru

Dah lama tak menjenguk ke blog ni.  Sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga langsung tak punya masa untuk menulis.  Tambahan pula, peperiksaan untuk semester lima belum selesai.  Masih ada subjek Seni Mengarang, Sukan Sepanjang Hayat dan Sintaksis yang perlu dihadap.  Hendak tak hendak terpaksalah juga curi-curi masa menelaah modul.  Tawakal jelah. Yang tak dayanya, minggu ni juga banyak aktiviti yang perlu dihadiri atas arahan PPD.  Aduhai....semoga Allah swt permudahkan segala urusan.  Nampaknya, tahun ni giliran Pekan jadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.  Namun, dek kerana hari tu kawe ada peperiksaan, tak dapatlah kawe menghadirinya.  Apapun, dapat menyambutnya di peringkat sekolah pun tak mengapalah...walaupun ringkas namun meriah. Sambutan Hari Guru di sekolah kawe disambut pada 22 Mei 2013, lewat daripada tarikh sebenar disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan.  Tak apalah yang penting kami warga guru sangat seronok dan gembira dengan majlis ini.  Sebelum majlis, kami diagihkan kepada beberapa tugas.  Seperti biasa, kawe kena bahagian backdrop.  Puas juga memikirkan bagaimana nak menghias pentas dengan budget yang kecil.  Takkan nak letak belon je...akhirnya kawe rasa bahagian hadapan pentas guna aje alam semulajadi.  Kawe pun minta tolong dengan pekerja carikan pokok pinang, pokok sepit udang dan puding merah yang ada ditanam dikawasan sekitar sekolah.  Maka bermulalah sesi gubah menggubah.  Kawe buat dalam 13 pasu untuk hiasan depan pentas.  Dah siap, disusun elok-elok di depan pentas, lekatkan banner yang telah siap dan tampalkan aje ape-ape yang patut.  Hmmm....okaylah..yang penting kerja selesai dan semua orang berpuashati.


Kek yang sedap di hari guru.


Murid-murid Skpr.


Saya potong kek sempena hari lahir dan hari guru 2013.


Santai di hari guru.


Pavlova hasil tangan cikgu Mariatul Kibtiah.