Saturday, 23 November 2013

Cuti sekolah datang lagi.....

Alahai...lamanya tak update blog. Bukannya dah tak minat menulis cuma kesibukan dunia menghadkan masa menulis. Selepas seminggu berkursus kssr bm tahun 4 iaitu pada 28 sehingga 31 Oktober, sibuk pula dengan Karnival Mini Sukan, disusuli pula dengan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 19 November. Aduh...rasa macam tak terkejar. Ditambah pula dengan assignment yang masih tertunggak...begini le kalau belajar dalam usia yang lewat. Bekerja dan belajar....semoga Allah memberiku kekuatan dalam meneruskan pelajaran sehingga berjaya mencapai matlamat. Semalam sempat meluangkan masa melawat anak di MTNP.  Alhamdulillah....semoga anak-anakku dan anak-anak muridku berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang sentiasa mencintai Allah swt dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu.  Dalam waktu yang terbatas sempat jugalah memilih dan membeli blause untuk anak-anak.  Tiap kali nak balik kampung, begitulah selalunya.  Masing-masing nak baju baharu...hmm...oh, ya sekarang ni dah cuti sekolah. Anak-anak pun dah sibuk bertanya nak bercuti di mana ?  minggu pertama dan kedua ni...nampak gayanya bercuti di rumah ajelah...menunggu assignment emak dan ayahnya siap.  Lagi pun, kenduri kahwin anak saudara suami pada 30 November....masalahnya kenduri anak saudara sebelah sendiri pun ada...majlis bertunang pada 1 Disember...nampak gayanya tak dapat hadir le.... sedih la..

Murid-murid prasekolah 2013 


Wednesday, 19 June 2013

Selamat Hari Guru

Dah lama tak menjenguk ke blog ni.  Sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga langsung tak punya masa untuk menulis.  Tambahan pula, peperiksaan untuk semester lima belum selesai.  Masih ada subjek Seni Mengarang, Sukan Sepanjang Hayat dan Sintaksis yang perlu dihadap.  Hendak tak hendak terpaksalah juga curi-curi masa menelaah modul.  Tawakal jelah. Yang tak dayanya, minggu ni juga banyak aktiviti yang perlu dihadiri atas arahan PPD.  Aduhai....semoga Allah swt permudahkan segala urusan.  Nampaknya, tahun ni giliran Pekan jadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.  Namun, dek kerana hari tu kawe ada peperiksaan, tak dapatlah kawe menghadirinya.  Apapun, dapat menyambutnya di peringkat sekolah pun tak mengapalah...walaupun ringkas namun meriah. Sambutan Hari Guru di sekolah kawe disambut pada 22 Mei 2013, lewat daripada tarikh sebenar disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan.  Tak apalah yang penting kami warga guru sangat seronok dan gembira dengan majlis ini.  Sebelum majlis, kami diagihkan kepada beberapa tugas.  Seperti biasa, kawe kena bahagian backdrop.  Puas juga memikirkan bagaimana nak menghias pentas dengan budget yang kecil.  Takkan nak letak belon je...akhirnya kawe rasa bahagian hadapan pentas guna aje alam semulajadi.  Kawe pun minta tolong dengan pekerja carikan pokok pinang, pokok sepit udang dan puding merah yang ada ditanam dikawasan sekitar sekolah.  Maka bermulalah sesi gubah menggubah.  Kawe buat dalam 13 pasu untuk hiasan depan pentas.  Dah siap, disusun elok-elok di depan pentas, lekatkan banner yang telah siap dan tampalkan aje ape-ape yang patut.  Hmmm....okaylah..yang penting kerja selesai dan semua orang berpuashati.


Kek yang sedap di hari guru.


Murid-murid Skpr.


Saya potong kek sempena hari lahir dan hari guru 2013.


Santai di hari guru.


Pavlova hasil tangan cikgu Mariatul Kibtiah.

Friday, 22 February 2013

SABAR, IKHLAS DAN REDHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah berehat agak lama, musim-musim sibuk datang semula.  Assignment dah muncul dan kerja-kerja di sekolah semakin bertambah.  Baru semalam menghadiri Program Bina Upaya Panitia Daerah Pekan di dewan masjid Sultan Haji Ahmad Shah.  Perkara utama yang disentuh ialah Headcount dan MMI.  Penerangan yang diberi oleh pegawai PPD menarik dan ada input-input terkini yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru.  Masing-masing khusyuk mendengar....harap-harap biarlah semangat untuk mendidik anak bangsa terus menyala.  Walaupun bebanan tugas tetap ada namun cuba ikhlas dalam melunaskan tanggungjawab yang diberi.  Lebih-lebih lagi kerja adalah ibadah.  Walaupun penat namun perjuangan tetap diteruskan.  Semoga diberikan kekuatan oleh-Nya dalam menjalankan tugas.
KUALITI GURU MERUPAKAN PENENTU UTAMA PRESTASI PELAJAR

Tuesday, 15 January 2013

MRSM....Cabaran bermula

Hari ini 15 Januari 2013 hari Selasa, sibuk menguruskan pendaftaran anak ketiga di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan.  Sampai ke mrsm dalam pukul 9.30 pagi.  Urusan pendaftaran berjalan lancar.  Yang menariknya pelajar sendiri diminta menguruskan pendaftaran mereka sehingga selesai.  Hmm...sesuatu yang positif dan memberi peluang kepada pelajar berdikari.  Tidaklah 100% mengharapkan ibu bapa menguruskannya.  Pelajar-pelajar di situ sendiri memberikan kerjasama dan rajin membantu.  Selesai mendaftar,  bergerak pula ke koperasi membeli keperluan persekolahan disitu.  Selepas itu aktiviti biasa....apalagi kalau bukan mengangkut segala barang keperluan ke asrama.  Alhamdulillah...kemudahan yang disediakan memuaskan.  Satu bilik tiga orang....selesa dan harap-harap mereka yang belajar di situ tidak mensia-siakan peluang yang ada.  Itulah harapan yang tersimpan di hati.  Selesai di asrama,  bergerak ke dewan pula.  Ucapan daripada Tuan Pengetua.....penerangan yang jelas diberikan oleh beliau berkaitan program IGCSE yang dijalankan di maktab ini.  Nampaknya, pelajar-pelajar di sini sangat bertuah kerana berpeluang menuntut ilmu di sini. Selesai di dewan, kami diminta bertemu mesra dengan guru homeroom anak masing-masing.  Beberapa persoalan dikemukakan dan diharapkan sepanjang menuntut ilmu di sini mereka akan memperolehi kejayaan yang diharapkan.  Selesai perjumpaan, masing-masing membawa anak ke bandar untuk mengisi perut....dah tengah hari, masing-masing sudah lapar.  Anakanda saya relax aje..tak sedih pun...agaknya tak nak tunjuk..takut dilabel anak manja.  Harap-harap dia boleh menyesuaikan diri dan dapat belajar dengan baik...semoga cita-citanya untuk menjadi seorang doktor sakit puan tercapai..Amin.  Sebagai ibu, saya hanya mampu mendidik dan mendoakannya.  Selamat Belajar Anakku!

Saturday, 17 November 2012

Kisah Ketabahan Nabi Ayub as



 



Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan. Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa..
 Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."
Iblis tetap tidak putus asa lalu , dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suami nya , mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.
Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s . .
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang , kita dikellingi dengan anak-anak yang soleh , kita dikurniakan kesenangan harta benda , kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku , agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."
Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya , berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"
" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.
Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"
"7 tahun." jawab Rahmah.
Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.
"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."
"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."
"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."
Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi.
Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..
" Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."
 Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
"Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
"Wahai Allah , penghibur kepada orang yang keseorangan. Beri lah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala kesulitan demi cinta-Mu yang agung." 
 Allahumma amin.
- Artikel iluvislam.com

Friday, 16 November 2012

Semalam 16 November hari Jumaat, dek kerana agak stress dengan assignment yg banyak...kami sekeluarga menghabiskan masa bersama shopping di ECM. Jalan-jalan sambil cuci mata melihat pelbagai barangan yg ada dari kasut, beg tangan sampailah ke peralatan rumah.  anak dara yg sorang ni pulak hendak makan donut big apple..hissh..tak jemu-jemu dgn big apple..boleh tahan juga ramainya orang. Singgah MPH cari buku untuk rujukan malangnya tiada. Kami ambil keputusan ke Kuantan Parade pula.  Selepas sembahyang maghrib lepak makan di Restoran Rasa Mas  Sedap juga la chicken chopnya..  Anak-anak pula asyik dengan nasi ayam...kenyang makan kentang goreng.  Ingatkan masing-masing dah penat dan mahu terus pulang ke rumah.  Hmm...mr hubby ajak ke Megamall lak...agaknya tk puas hati sebab buku yg dicari masih tak dapat.  Bergerak pula ke sana dan terus terjah Popular.  Hmm...tak ada juga...yg dapatnya novel dan buku anak-anak..susah juga nk cari buku ilmiah ni...

Tuesday, 13 November 2012


 



Pejam celik pejam celik dah 14 November 2012 hari ni.  Terasa masa begitu pantas berlalu. Cuti sekolah kali ini lebih banyak dihabiskan di rumah..menyiapkan assignment yang bersusun.  Tajuknya pula alahai...bole tahan juga susahnya..kalut mencari bahan-bahan yang perlu.  Issh...kalau tak kuat iman..mahu berhenti separuh jalan.  Banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan.  Bila cuti sekolah ni..terasa rindu lak pada kerenah anak-anak murid dan rakan sekerja.  Masa sekolah walau pun sibuk dengan aktiviti p&p namun kepuasannya terasa bila akhir tahun apabila anak-anak murid berjaya dengan cemerlang.  Segala penat lelah terasa berbaloi bila anak murid yg dulunya merangkak membaca sudah lancar membaca dan mengeja. Hari Anugerah Kecemerlangan yang berlangsung pada 8 Nov lalu menjadi kemuncaknya.  Walaupun penat namun cuba buat yang terbaik. Semoga anak-anak murid menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik dan mengajar mereka menjadi manusia yg sebenar-sebenar manusia.  Kaya ilmu dan baik akhlaknya..