Wednesday, 29 February 2012
Masa sibuk datang lagi....
Sunday, 1 January 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat menyambut Tahun 2012 kepada rakan-rakan yang mengenali dan semoga segala yang kita harapkan menjadi kenyataan. Semoga Allah swt permudahkan segala usaha dan urusan kita. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih berpeluang melihat segala kebesaran ALLAH...Hanya Dia yang lebih mengetahui...hanya kepadaNYAlah kita bergantung harap. Semoga Allah swt memberikan kekuatan iman dan kesabaran dalam mendepani kehidupan ini. Walau apapun cabaran yang datang....hanya kepada NYA kita berserah.....YA,Allah...basahkanlah lidah kami dengan mengingatiMU....jangan jadikan kami org yang lalai....berikan kami taufik dan hidayahMU...
Saturday, 10 December 2011
Masalah Membaca dalam Kalangan Kanak-Kanak
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.
Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca
Rujukan : Klik Sini
Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.
PUNCA MASALAH MEMBACA
Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :
i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
dan Menulis atau KIA2M.Rujukan : Klik Sini
Friday, 9 December 2011
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah :
1. Teknik Main Peranan - melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
2. Teknik Permainan Bahasa - salah satu cara mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
3. Teknik Latih tubi - aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
4. Teknik Bercerita - pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa dan dapat menarik minat murid.
5. Teknik Inkuiri Penemuan - teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.
6. Teknik Perbahasan - melatih murid berfikir dengan pantas dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
7. Teknik Kuiz - dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid.
8. Teknik Sumbang saran - dikenali juga sebagai percambahan fikiran ( brainstorming) yang memerlukan murid menyumbangkan pendapat dan idea.
9. Teknik Soal jawab - Murid menyoal dan menjawab soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran.
10. Teknik Simulasi - satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
11. Teknik Drama - sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
12. Teknik Perbincangan - aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
13. Teknik Forum - Aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.

Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Didik Hibur dan Seni dalam BM latih murid berfikir kritis

Thursday, 1 December 2011
Akukah yang terlewat atau masakah yang tercepat ?

Alamak ! Dah masuk bulan 12 la . Cepatnya masa berlalu . Ada satu dua lagi assignment yang perlu diberi sentuhan terakhir sebelum dihantar kepada pensyarah . Aduhai , tercabar betul minda dan emosi menghadapi saat - saat begini . Dalam kesibukan menimba ilmu , terpaksa pula menyelesaikan masalah di sekolah dan anak-anak . Pada tarikh sekian-sekian,anak ada temuduga ke SBP...aduh...positif...positif . Kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai . Haa , nampaknya semester kedua ni memang agak mencabar . Inilah adat belajar agaknya . Lebih-lebih lagi dalam usia sekarang . Rasanya , akukah yang terlewat atau masa yang tercepat . Alahai...........
Subscribe to:
Posts (Atom)