Tuesday, 5 April 2016

 
 
Buat pertama kali setelah sekian lama tak menjengah blog ini....hari ni entah kenapa terdetik di hati untuk melihat blog yang dah bersawang ni....hihi...nak buat macam mana.minat tu ada untuk menulis cuma tak terkejar dengan tanggungjawab yang sedia ada....tak pelahkan...sekadar hobi masa terluang. How's life ? Alhamdulillah...syukur masih diberi kesempatan untuk mencurahkan bakti dan mendidik anak bangsa. Tahun ni diberi kepercayaan untuk mengajar Tahun 6..setelah sekian lama mengajar murid murid Tahap Satu....mendidik murid -murid membaca dan mengira...adalah sesuatu yang amat berharga bagiku. Tidak semua berpeluang mengajar murid -murid Tahap Satu. Tahun ini juga tahun kedua diberi kepercayaan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3...jadi teacherlah pula...sebenarnya tidaklah pandai  sangat cuma cuba melakukan yang terbaik.  Maklumlah sekolah kita ni sekolah SKM ...SIR je satu-satunya cikgu Bahasa Inggeris yang ada. Jadi, saya dengan Cikgu Nurhanani iaitu Cikgu Pemulihan sukarela mengajar Bahasa Inggeris. Teacher Nani pun tahun ni mula menghadiri kursus PITO....Haa...okaylah tu. Bila mengajar subjek yang bukan opsyen ni...memang kena usaha lebihlah. Kena banyak bertanya, rujuk internet dan rajin cari bahan. Haa...bab nilah ambil masa sikit. Namun, demi anak murid tersayang...kita cubalah yang terbaik dan termampu...rasanya inilah coretan yang pertama untuk tahun 2016 ni.  Esok sekolah...ada majlis Kem Membaca...jumpa lagi.In shaa Allah.

Wednesday, 22 October 2014

Kenangan Tahun 2014

       
Inilah antara kenangan yang sempat dirakamkan ketika sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun ini. Guru-guru lelaki segak berbaju melayu manakala guru-guru perempuan manis berbaju kurung ungu sedondon.  Pada saya setiap peristiwa mempunyai kenangan yang tersendiri.  Sambutan  Maulidur Rasul tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran 2 orang guru baharu iaitu Pn Norafida dan Ustaz Mohd Harmimi.  Diharapkan agar semua guru dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi dengan lebih baik dan cemerlang.  Buktinya banner untuk sambutan majlis ini dibuat sendiri oleh Ustaz Nawari dan dibantu oleh guru-guru lain.  Bersemangat betul guru-guru muda ini dalam menjalankan amanah yang diberi. Sebenarnya terasa sebak dan sayu juga ketika majlis berlangsung. Selain berselawat sambil berarak di jalan, beberapa aktiviti lain dijalankan seperti kuiz, pertandingan melukis poster dan persembahan nasyid. Terasa sayu dan pilu tatkala mendengar lagu-lagu nasyid yang menyebut tentang Rasulullah saw.  Yang paling menyentuh perasaan mendengar lagu Kasih Padamu nyanyian Hafiz Hamidun....rindunya padamu ya  Rasulullah saw.



Bergambar berlatar belakangkan banner hasil karya ustaz Nawari.

Tuesday, 21 October 2014

Sibuk sangat ke...?


Assalamualaikum. Ya Allah...lama sungguh tak menjengah blog ni. Sibuk sungguh mengalahkan Perdana Menteri...hihi. Sebenarnya rutin hidup seperti biasa. Pergi sekolah mengajar dan mendidik. Balik rumah sibuk dengan tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Sibuk belajar dan hal-hal dunia yang tak pernah habis. Kadang-kadang terfikir juga dan berharap biarlah segalanya dalam rahmahNya. Biarlah tanggungjawab ini dapat dijalankan sebaiknya...sebab dalam hidup ini hanya keredhaanNYA yang kita dambakan. Berbagai peristiwa silih berganti. Yang manis yang pahit yang kelat. Harapan biarlah segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt.  Ahad 19/10/2014 sibuk dengan sukan.  Haa...penat sangat bagi memastikan perjalanan sukan berjalan lancar.  Bukan jadi su sukan tetapi sibuk menyiapkan kostum untuk maskot rumah sukan dan perhiasan rumah sukan. Takkan tak buatkan...letih memang letih namun seronok tgk murid-murid gembira.  Habis sukan portal linus pula menunggu...apalagi masukkan data saringan 2...sebagai penyelaras linus kena pastikan semua guru memasukkan data linus dengan tepat.  Kena buat semakan takut-takut tersalah pula.....Haa...lepas tu bersedia pula untuk menggubal soalan peperiksaan akhir tahun 2014 dan Hari Anugerah Kecemerlangan. Sepanjang tahun penuh dengan aktiviti dan mesyuarat. Rasanya ramai orang lagi sibuk lebih-lebih lagi jika berjawatan tinggi...semua perkara hendak diselesaikan. Namun ...kena ingat  kualiti ibadah kita juga perlu diambilkira. 

Saturday, 21 December 2013

Gotong-royong selepas banjir...


Sabtu, 21 Disember 2013, sekolah saya mengadakan gotong-royong selepas banjir.  Maklumlah sekolah saya merupakan pusat penempatan mangsa banjir dan  banjir baru-baru ini menyebabkan keadaan sekolah agak berselerak.  Alhamdulillah kami menerima bantuan daripada RELA, para pelajar dari Politeknik Metro Kuantan dan juga pelajar-pelajar dari Universiti Tenaga Nasional kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadam Shah, Pahang.  Ada juga penduduk kampung sekitar yang datang membantu. Masing-masing sibuk menolong.  Ada yang mencuci longkang, mencuci kelas, membersihkan lantai yang berselut, mengemas bilik J-QAF, Bilik Guru dan sebagainya.  Kami sebagai tuan rumah sangat berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan.  Hanya ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan sebagai tanda penghargaan.

Sama-sama cuci longkang...

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing...

Membersihkan gelanggang.... 

Adik-adik pelajar yang datang menolong...TQ

Sesi mencabut bahan pada papan kenyataan kelas

Bahan ni nak guna lagi tak......

Apalah agaknya yang mereka bualkan...serius je...

Sesi bergambar....senyum semua...klik...

    

Tuesday, 17 December 2013

Banjir...ujian atau musibah...?

Apabila menatap gambar banjir yang berlaku baru-baru ini, terasa betapa kerdilnya diri kita sebagai manusia.  Betapa Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja.  Hujan yang turun selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir dan menenggelamkan segala harta benda, meragut nyawa dan apa sahaja yang ada.  Terdetik dihati...inilah ujian dan mungkin juga musibah kepada kita agar menginsafi diri dan kembali ke jalan yang benar.  Mungkinkah ini sebagai pengajaran kepada kita bahawa apa sahaja yang kita buat perlu selari dengan kehendak Islam. Teringat kisah nabi Nuh as yang terselamat bersama kaumnya yang beriman.  Namun anak kesayangannya tenggelam dalam lautan dalam. Semoga banjir yang berlaku menginsafkan kita bahawa Allah swt berkuasa atas segala-galanya.  Tidak perlulah kita mendabik dada dan bersikap sombong kerana kehidupan ini ada akhirnya....

Sekolahku juga ditenggelami air...pusat pemindahan banjir.

Bandar Kuantan dilanda banjir...

Air mula naik...

Saturday, 23 November 2013

Cuti sekolah datang lagi.....

Alahai...lamanya tak update blog. Bukannya dah tak minat menulis cuma kesibukan dunia menghadkan masa menulis. Selepas seminggu berkursus kssr bm tahun 4 iaitu pada 28 sehingga 31 Oktober, sibuk pula dengan Karnival Mini Sukan, disusuli pula dengan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 19 November. Aduh...rasa macam tak terkejar. Ditambah pula dengan assignment yang masih tertunggak...begini le kalau belajar dalam usia yang lewat. Bekerja dan belajar....semoga Allah memberiku kekuatan dalam meneruskan pelajaran sehingga berjaya mencapai matlamat. Semalam sempat meluangkan masa melawat anak di MTNP.  Alhamdulillah....semoga anak-anakku dan anak-anak muridku berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak yang sentiasa mencintai Allah swt dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu.  Dalam waktu yang terbatas sempat jugalah memilih dan membeli blause untuk anak-anak.  Tiap kali nak balik kampung, begitulah selalunya.  Masing-masing nak baju baharu...hmm...oh, ya sekarang ni dah cuti sekolah. Anak-anak pun dah sibuk bertanya nak bercuti di mana ?  minggu pertama dan kedua ni...nampak gayanya bercuti di rumah ajelah...menunggu assignment emak dan ayahnya siap.  Lagi pun, kenduri kahwin anak saudara suami pada 30 November....masalahnya kenduri anak saudara sebelah sendiri pun ada...majlis bertunang pada 1 Disember...nampak gayanya tak dapat hadir le.... sedih la..

Murid-murid prasekolah 2013 


Wednesday, 19 June 2013

Selamat Hari Guru

Dah lama tak menjenguk ke blog ni.  Sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga langsung tak punya masa untuk menulis.  Tambahan pula, peperiksaan untuk semester lima belum selesai.  Masih ada subjek Seni Mengarang, Sukan Sepanjang Hayat dan Sintaksis yang perlu dihadap.  Hendak tak hendak terpaksalah juga curi-curi masa menelaah modul.  Tawakal jelah. Yang tak dayanya, minggu ni juga banyak aktiviti yang perlu dihadiri atas arahan PPD.  Aduhai....semoga Allah swt permudahkan segala urusan.  Nampaknya, tahun ni giliran Pekan jadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.  Namun, dek kerana hari tu kawe ada peperiksaan, tak dapatlah kawe menghadirinya.  Apapun, dapat menyambutnya di peringkat sekolah pun tak mengapalah...walaupun ringkas namun meriah. Sambutan Hari Guru di sekolah kawe disambut pada 22 Mei 2013, lewat daripada tarikh sebenar disebabkan oleh hal yang tak dapat dielakkan.  Tak apalah yang penting kami warga guru sangat seronok dan gembira dengan majlis ini.  Sebelum majlis, kami diagihkan kepada beberapa tugas.  Seperti biasa, kawe kena bahagian backdrop.  Puas juga memikirkan bagaimana nak menghias pentas dengan budget yang kecil.  Takkan nak letak belon je...akhirnya kawe rasa bahagian hadapan pentas guna aje alam semulajadi.  Kawe pun minta tolong dengan pekerja carikan pokok pinang, pokok sepit udang dan puding merah yang ada ditanam dikawasan sekitar sekolah.  Maka bermulalah sesi gubah menggubah.  Kawe buat dalam 13 pasu untuk hiasan depan pentas.  Dah siap, disusun elok-elok di depan pentas, lekatkan banner yang telah siap dan tampalkan aje ape-ape yang patut.  Hmmm....okaylah..yang penting kerja selesai dan semua orang berpuashati.


Kek yang sedap di hari guru.


Murid-murid Skpr.


Saya potong kek sempena hari lahir dan hari guru 2013.


Santai di hari guru.


Pavlova hasil tangan cikgu Mariatul Kibtiah.

Friday, 22 February 2013

SABAR, IKHLAS DAN REDHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah berehat agak lama, musim-musim sibuk datang semula.  Assignment dah muncul dan kerja-kerja di sekolah semakin bertambah.  Baru semalam menghadiri Program Bina Upaya Panitia Daerah Pekan di dewan masjid Sultan Haji Ahmad Shah.  Perkara utama yang disentuh ialah Headcount dan MMI.  Penerangan yang diberi oleh pegawai PPD menarik dan ada input-input terkini yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru.  Masing-masing khusyuk mendengar....harap-harap biarlah semangat untuk mendidik anak bangsa terus menyala.  Walaupun bebanan tugas tetap ada namun cuba ikhlas dalam melunaskan tanggungjawab yang diberi.  Lebih-lebih lagi kerja adalah ibadah.  Walaupun penat namun perjuangan tetap diteruskan.  Semoga diberikan kekuatan oleh-Nya dalam menjalankan tugas.
KUALITI GURU MERUPAKAN PENENTU UTAMA PRESTASI PELAJAR

Tuesday, 15 January 2013

MRSM....Cabaran bermula

Hari ini 15 Januari 2013 hari Selasa, sibuk menguruskan pendaftaran anak ketiga di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan.  Sampai ke mrsm dalam pukul 9.30 pagi.  Urusan pendaftaran berjalan lancar.  Yang menariknya pelajar sendiri diminta menguruskan pendaftaran mereka sehingga selesai.  Hmm...sesuatu yang positif dan memberi peluang kepada pelajar berdikari.  Tidaklah 100% mengharapkan ibu bapa menguruskannya.  Pelajar-pelajar di situ sendiri memberikan kerjasama dan rajin membantu.  Selesai mendaftar,  bergerak pula ke koperasi membeli keperluan persekolahan disitu.  Selepas itu aktiviti biasa....apalagi kalau bukan mengangkut segala barang keperluan ke asrama.  Alhamdulillah...kemudahan yang disediakan memuaskan.  Satu bilik tiga orang....selesa dan harap-harap mereka yang belajar di situ tidak mensia-siakan peluang yang ada.  Itulah harapan yang tersimpan di hati.  Selesai di asrama,  bergerak ke dewan pula.  Ucapan daripada Tuan Pengetua.....penerangan yang jelas diberikan oleh beliau berkaitan program IGCSE yang dijalankan di maktab ini.  Nampaknya, pelajar-pelajar di sini sangat bertuah kerana berpeluang menuntut ilmu di sini. Selesai di dewan, kami diminta bertemu mesra dengan guru homeroom anak masing-masing.  Beberapa persoalan dikemukakan dan diharapkan sepanjang menuntut ilmu di sini mereka akan memperolehi kejayaan yang diharapkan.  Selesai perjumpaan, masing-masing membawa anak ke bandar untuk mengisi perut....dah tengah hari, masing-masing sudah lapar.  Anakanda saya relax aje..tak sedih pun...agaknya tak nak tunjuk..takut dilabel anak manja.  Harap-harap dia boleh menyesuaikan diri dan dapat belajar dengan baik...semoga cita-citanya untuk menjadi seorang doktor sakit puan tercapai..Amin.  Sebagai ibu, saya hanya mampu mendidik dan mendoakannya.  Selamat Belajar Anakku!

Saturday, 17 November 2012

Kisah Ketabahan Nabi Ayub as



 



Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan. Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa..
 Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."
Iblis tetap tidak putus asa lalu , dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suami nya , mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.
Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s . .
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang , kita dikellingi dengan anak-anak yang soleh , kita dikurniakan kesenangan harta benda , kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku , agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."
Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya , berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"
" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.
Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"
"7 tahun." jawab Rahmah.
Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.
"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."
"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."
"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."
Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi.
Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..
" Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."
 Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
"Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
"Wahai Allah , penghibur kepada orang yang keseorangan. Beri lah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala kesulitan demi cinta-Mu yang agung." 
 Allahumma amin.
- Artikel iluvislam.com

Friday, 16 November 2012

Semalam 16 November hari Jumaat, dek kerana agak stress dengan assignment yg banyak...kami sekeluarga menghabiskan masa bersama shopping di ECM. Jalan-jalan sambil cuci mata melihat pelbagai barangan yg ada dari kasut, beg tangan sampailah ke peralatan rumah.  anak dara yg sorang ni pulak hendak makan donut big apple..hissh..tak jemu-jemu dgn big apple..boleh tahan juga ramainya orang. Singgah MPH cari buku untuk rujukan malangnya tiada. Kami ambil keputusan ke Kuantan Parade pula.  Selepas sembahyang maghrib lepak makan di Restoran Rasa Mas  Sedap juga la chicken chopnya..  Anak-anak pula asyik dengan nasi ayam...kenyang makan kentang goreng.  Ingatkan masing-masing dah penat dan mahu terus pulang ke rumah.  Hmm...mr hubby ajak ke Megamall lak...agaknya tk puas hati sebab buku yg dicari masih tak dapat.  Bergerak pula ke sana dan terus terjah Popular.  Hmm...tak ada juga...yg dapatnya novel dan buku anak-anak..susah juga nk cari buku ilmiah ni...

Tuesday, 13 November 2012


 



Pejam celik pejam celik dah 14 November 2012 hari ni.  Terasa masa begitu pantas berlalu. Cuti sekolah kali ini lebih banyak dihabiskan di rumah..menyiapkan assignment yang bersusun.  Tajuknya pula alahai...bole tahan juga susahnya..kalut mencari bahan-bahan yang perlu.  Issh...kalau tak kuat iman..mahu berhenti separuh jalan.  Banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan.  Bila cuti sekolah ni..terasa rindu lak pada kerenah anak-anak murid dan rakan sekerja.  Masa sekolah walau pun sibuk dengan aktiviti p&p namun kepuasannya terasa bila akhir tahun apabila anak-anak murid berjaya dengan cemerlang.  Segala penat lelah terasa berbaloi bila anak murid yg dulunya merangkak membaca sudah lancar membaca dan mengeja. Hari Anugerah Kecemerlangan yang berlangsung pada 8 Nov lalu menjadi kemuncaknya.  Walaupun penat namun cuba buat yang terbaik. Semoga anak-anak murid menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik dan mengajar mereka menjadi manusia yg sebenar-sebenar manusia.  Kaya ilmu dan baik akhlaknya..
 

Friday, 19 October 2012

Hari ni 19 Oktober 2012 hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan...dah lama tak menulis dek kerana kesibukan kerja dan urusan keluarga yang tak pernah habis.  Semalam ambil cuti rehat khas dek kerana mr hubby yg demam.  Kasihan juga...tak sampai hati nak tinggalkan.  Selagi terdaya buatlah apa yg terbaik dan boleh menyenangkan org lain.  Alhamdulillah..hari ni nmpak dah kebah sikit walaupun mr hubby masih bercuti.  Di sekolah pula sibuk dengan latihan sukan..Ahad sukan tahunan..jadi banyak kerja perlu diselesaikan.  Bila tgk kerenah dan keseronokan murid-murid bersukan...terhibur jua..dalam kepala tetap terfikirkan assignment yg masih separuh jalan..alahai...petang nanti pula dah janji untuk mengambil anak kedua yg sedang belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang...cuti agak lama sehingga raya haji..

Wednesday, 9 May 2012



Hari ni Rabu...cepatnya masa berlalu.  Sibuk siapkan laporan linus yang akan dibentangkan oleh gb esok petang di ppd.  Aduhai...siap assignment, keja sekolah pula menunggu.  Mengadap encik komputer x habis-habis.  Lepas ni peksa pula...anak murid peksa...cikgu pun peksa gak...semoga Allah swt memberikan kekuatan iman dan kesabaran kepadaku.  Tahun ni juga anak-anak akan menghadapi peperiksaan penting..upsr dan pmr.  semoga anak-anakku berjaya dengan cemerlang dan menjadi anak yang soleh dan solehah.  Siap laporan, teringat pula laporan pbs belum siap sepenuhnya...aduh..yg ni dari jpn...kena settlekan segera.  lepas tu nak kena latih murid buat persembahan untuk hari guru...lepas ni ujian saringan khas linus tahun 2 pula...portal nkra...dan ll...seronok melunaskan tanggungjawab.  semoga mendapat keberkatan dariNYA .Amin

Thursday, 5 April 2012

Masa yang berlalu....

masa berlalu silih berganti...tiap detik tiap saat pergi meninggalkan kita...dalam kesibukan keja sekolah yang bertimbun, kerja rumah yang tak pernah habis...tanggungjawab tetap djalankan sebaiknya...sehingga terlupa anak-anak yang semakin membesar...kadang kala sibuk dengan kerja dan assignment sendiri...perhatian pada anak pun sedikit terkurang...moga anak-anak memahami dan tahu menghargai pengorbanan emak dan ayahnya...

Sunday, 4 March 2012

Gulai Daging kambing dan Opor daging kerbau...sedap(",)

semalam 3 Mac 2012 sekolah ganti le...hari Sabtu rasa malas je nk ke sekolah namun dek tanggung jawab dan tugas kena la pegi juga...ari ni sek kita org buat gotong-royong bersihkan pusat sumber.  Sape-sape yg free tu dia kena la jenguk ke ps dan tolong apa yg patut.  Penat juga coz kelas macam biasa.  Tapi yg bestnye abis waktu sekolah kita org gi makan kenduri kat rumah sebelah sekolah.  Lauknya gulai kambing biri-biri. Ada pula sambal dan ulaman kampung.   haa..makan tak pandang kiri-kanan dah...perut pula memang tengah lapar...apalagi laju je menyuap...he...he...terima kasih le pada jiran yg menjemput...balik sekolah ingat nk terus gi kenduri kahwin..terpaksa tunggu hubby yg ada hal dengan kawannya.  Pukul 2.30 bergerak ke rumah member...adiknya kawin.  Ramainya org...patutlah tumbang 2 ekor kerbau...meriah.  kenyang pula makan nasi minyak dengan opor daging kerbau...ada pula bubur kacang...menyerah la. dah kenyang...rezeki hari ni...terima kasih ya Allah.  Tak terhitung nikmat yg Engkau berikan...

Wednesday, 29 February 2012

Masa sibuk datang lagi....

Hari ni 29 Februari 2012...begitu cepat masa berlalu.  Sedar sedar dah masuk bulan Mac.  Hai....macam biasa tugas seharian tetap perlu dibuat..dah namanya tanggung jawab...kena tanggung dan klau salah perhitungan kena jawab...Esok dua org anakanda akan bertanding dalam pertandingan bercerita peringkat kelompok.  Harapan agar dua-dua jadi johan.  Apapun yg penting dah usaha dan buat yang terbaik.  Letih juga melatih dia org dan anak murid sendiri.  Tapi seronok juga melihat mereka mengasah bakat terpendam kut-kut satu hari nanti boleh jadi pemidato yang hebat...Oh, ya tugasan pun dah mula muncul..dan bermula semula masa untuk "pening kepala "mencari bahan-bahan untuk assigment.  Semoga ALLAH SWT berikan kekuatan untuk teruskan perjuangan ini.  Dalam sibuk-sibuk ni ingatan tu teringat juga pada dua org anakanda yg berada di asrama..namanya pun anak...mestilah rindu.  Semoga anak-anak berjaya di dunia dan Akhirat serta menjadi anak yg soleh dan solehah.  Bila bekerja sambil belajar ni  letihnya dua kali ganda...namun diharapkan mendapat pahala di sisi Allah swt.  amin.

Sunday, 1 January 2012





Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat menyambut Tahun 2012 kepada rakan-rakan yang mengenali dan semoga segala yang kita harapkan menjadi kenyataan.  Semoga Allah swt permudahkan segala usaha dan urusan kita.  Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih berpeluang melihat segala kebesaran ALLAH...Hanya Dia yang lebih mengetahui...hanya kepadaNYAlah kita bergantung harap.  Semoga Allah swt memberikan kekuatan iman dan kesabaran dalam mendepani kehidupan ini.  Walau apapun cabaran yang datang....hanya kepada NYA kita berserah.....YA,Allah...basahkanlah lidah kami dengan mengingatiMU....jangan jadikan kami org yang lalai....berikan kami taufik dan hidayahMU...  




Saturday, 10 December 2011

Masalah Membaca dalam Kalangan Kanak-Kanak



Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;
Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah. 


Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca

PUNCA MASALAH MEMBACA
Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan
dan Menulis atau KIA2M.

Rujukan :  Klik Sini

Friday, 9 December 2011

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

 
 
Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah :
1. Teknik Main Peranan -  melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
2. Teknik Permainan Bahasa -  salah satu cara mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
3.  Teknik Latih tubi -  aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
4.  Teknik Bercerita  -  pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa dan dapat menarik minat murid.
5.  Teknik Inkuiri Penemuan  -  teknik ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.
6.  Teknik Perbahasan -  melatih murid berfikir dengan pantas dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
7.  Teknik Kuiz -  dapat mengukuhkan pengajaran guru  dan memantapkan pemahaman murid.
8.  Teknik Sumbang saran - dikenali juga sebagai percambahan fikiran ( brainstorming) yang memerlukan murid menyumbangkan pendapat dan idea.
9.  Teknik Soal jawab -  Murid menyoal dan menjawab soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran.
10.  Teknik Simulasi  -  satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar dan memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
11.  Teknik Drama -  sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
12.  Teknik Perbincangan -  aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
13.  Teknik Forum -  Aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.